Mahar Wajib Ditunai, Hantaran Biarlah Berpada

Posted on May 12th, 2009 in Uncategorized by saladin-advencer

Wasiat Hasan Al-Banna ke-3

Posted on April 14th, 2009 in Tarbiah by saladin-advencer

Wasiat al-Banna ke-3, berusahalah berbahasa Arab dengan fasih

Fahri Abdullah al-Masri
Wed | Jan 28, 09 | 11:58:11 pm MYT
Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Hasan al-Banna.

Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu?

Berikut, kami paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.

012  Yusuf
[1] Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Ar-Ra’du
[37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).An-Nahl
[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia”. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

Taha
[113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

Asy-Syu’araa’
[195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Az-Zumar
[27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

Fussilat
[1] Haa, Miim [2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

Asy-Syuura
[7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

Az-Zukhruf
[1] Haa, Miim. [2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

Al-Ahqaaf
[12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orangorang yang berbuat kebaikan.

Yusuf
[1] Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

-harakahdaily.net

BOIKOT FFM UMS…

Posted on April 11th, 2009 in Boikot by saladin-advencer

Wasiat Hasan Al-Banna ke-2

Posted on April 11th, 2009 in Tarbiah by saladin-advencer

Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Jan 17, 09 | 11:34:03 pm MYT
“Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah.” Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan
Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita. _

-harakahdaily.net-

Clocks

Posted on April 7th, 2009 in Seni by saladin-advencer

Lights go out and I can’t be saved
Tides that I tried to swim against
You’ve put me down upon my knees
Oh I beg, I beg and please, singin’

Come out of things unsaid
Shoot, an apple off my head.
And the
Trouble that cant be named
The tiger’s waiting to be tamed singin’

You are
You are

Confusion never stops
Closing walls and ticking clocks
Gonna come back and take you home
I could not stop but you now know, singin’

Come out upon my seas,
Curse missed opportunities
Am I a part of the cure
Or am I part of the disease, singin’

You are, you are
You are, you are
You are, you are

Nothing else compares.
Oh, no nothing else compares
Oh, no nothing else compares

You are
You are

Home, home where I wanted to go
Home, home where I wanted to go
Home, home where I wanted to go
Home, home where I wanted

JANGAN TANYAKAN AKU

Posted on April 7th, 2009 in Muhasabah by saladin-advencer

JANGAN TANYAKAN AKU TENTANG HIDUPKU,
KERANA IA ADALAH SEBUAH RAHSIA KEHIDUPAN,
IA ADALAH ANUGERAH IA ADALAH UJIAN,
IA ADALAH DUNIA PENUH DENGAN CITA-CITA,
AKU TELAH MENJUALNYA KEPADA ALLAH,
KEMUDIAN AKU BERADA DALAM BARISAN PARA PEMBAWA PETUNJUK,
JALAN HIDUPKU ADALAH AL-QURAN, PEDANG DAN UJIAN,
ALLAH TELAH MEMBERKATINYA,
DAN PARA NABI TERDAHULU TELAH MELALUINYA,
DAN PARA SYUHADA’ TELAH MENYIRAMI JALAN INI DENGAN DARAH MEREKA,
MAKA JADILAH IA TAMAN INDAH YANG DIKELILINGI CAHAYA,
SEDANGKAN HUJUNG PERJALANANKU ADALAH APA YANG MEREDHAKAN ALLAH DAN APA YANG DIINGINKAN-NYA,
KEUNTUNGAN DENGAN KEMENANGAN NYATA ATAU KESYAHIDAN DAN KEABADIAN,
JIKA ENGKAU TELAH BERADA DI MUKA BUMI DAN ENGKAU TAHU BAHAWA UMURMU TERBATAS,
MAKA JADILAH PAHLAWAN DAN PEMBAWA PETUNJUK,
JIKA TIDAK ALANGKAH BURUKNYA KEWUJUDANMU…

Mudahnya Kita Menghukum…

Posted on April 7th, 2009 in Muhasabah by saladin-advencer

Pagi yang dingin seolah-olah memberi inspirasi untuk mencoret sepatah dua kata untuk dikongsi dan direnung. Acapkali kita mendengar kata-kata tohmahan, nista, keji dan sebagainya yang begitu mudah sekali meluncur di bibir insan yang pelupa. Yang Pelupa dan yang buat-buat lupa…

“Kalau dah futur tu, futurlah jugak!”, kata seorang kawan, dengan senang hati menghukum. Apakah kita ini lupa bahawa kita masih belum mati? Apakah kita dapat menjamin kita akan terus berada di atas jalan dakwah yang kita pilih ini? Begitu mudah sekali menghukum dan menjatuhkan hukuman.

Hanya orang-orang yang telah mati sebagai syuhada’ di jalan Allah telah dijamin tidak futur. Selagimana kita masih bernyawa, kita tidak terlepas daripada wabak tersebut. Ana begitu kagum dengan kata-kata T.G. Nik Abdul Aziz NiK Mat bilamana seorang ayah yang ingin menamakan anaknya dengan nama T.G., pantas T.G. menegah dengan alasan bahawa T.G. sendiri pun belum tentu kekal atas jalan dakwah. Hebatnya orang yang berilmu ini ialah apabla mereka mampu berhujah dengan kerendahan hati.

Ramai juga di kalangan kita yang cenderung berhujah dengan kesempitan ilmu yang kita ada. Terlalu cepat membuat kesimpulan atas secebis dua perkara yang kita tahu. Lantas menghukum tanpa mempedulikan orang lain. Terlalu cepat percaya dengan khabar angin tanpa terlebih dahulu menyiasat. Atas pengalaman ana yang sempit dan sedikit ini serta pemerhatian sepanjang menjadi hamba Allah yang dhaif, ana lihat insan-insan seperti inilah yang banyak merosakkan kesatuan dalam organisasi.

Bukanlah ana ini orang yang terbaik untuk mengutarakan isu ini, namun terasa tanggungjawab terpikul untuk menegur sikap-sikap buruk ini yang akhirnya menimbulkan masalah-masalah lain seperti tikam-menikam, hipokrit dan sebagainya. Janganlah campurkan yang hak dengan yang batil. Mungkin perkara yang ingin kita katakan itu betul tetapi kita menyatakannya dengan cara yang salah, dengan kesombongan serta tuduhan yang melulu. Barangkali apa yang ingin kita katakan itu betul tapi belum sampai masanya…

Berjalan, melihat , mentafsir….

Lama Sudah…

Posted on April 7th, 2009 in Muhasabah by saladin-advencer

Lama sudah tidak menjenguk ke alam maya. Tangan ‘berteriak’ mahu menggapai alam sesawang namun kaki masih lagi terikat dengan komitmen di alam realiti. Atau diri ini sebenarnya yang masih belum mampu ditarbiah dengan baik untuk ‘menghormati masa’ yang terus-menerus menikam tapi tidak diisi dengan sebaiknya. Sama ada kita yang menikam, atau kita yang ditikam? Semuanya terserah kepada kita. Selama roh masih di jasad, selama itulah kita masih perlu berjuang dan terus berjuang…

Yang Datang dan Yang Pergi…

Ramadhan yang berlalu dan syawal yang mendatangi….Adakah kita telah benar-benar merasai tarbiah ramadhan, atau ramadhan yang telah berlalu sama sahaja seperti tahun lalu atau lebih teruk dari itu. Jawapannya ada pada diri kita. Cerminannya adalah sepanjang 11 bulan berikutnya. Masing-masing mampu menilai. Namun yang datang dan yang pergi bukan sekadar bulan. Insan juga tak terkecuali…

Raya ke-6…

Kurang lebih jam 4 pagi, seorang serikandi penggerak jihad di UMS telah pergi menghadap yang Maha Penyayang. Siti Aisyah Bakri terlibat dalam kemalangan di papar. Namun terpaksa dipindahkan dari Hospital Papar ke Hospital Queen Elizabeth. Dilaporkan telah stabil namun jaminan seorang manusia biasa bergelar ‘doktor’ tak mampu melawan kuasa yang Maha Agung. Takziah buat keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah.

“Sesungguhnya orang yang mati syahid itu tidak mati bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya…”

Yang pergi takkan kembali lagi. Yang tinggal perlu meneruskan perjuangan. Jalan yang perlu kita tempuh masih jauh, penuh ranjau dan berliku. Kata-kata, “Biarlah air mata dan tangisan yang menjadi saksi” perlu ditukar kepada, “Biarlah derap langkah kita di medan jihad yang menjadi saksi”. Berapa ramai yang mampu mengambil iktibar dari kematian yang berlaku di sekelilingnya. Walaupun yang pergi itu bukannya kita, sebenarnya kematian itu adalah lambaian-lambaian kepada kita yang mengingatkan kepada maut itu sendiri. Mungkin bukan sekarang masanya, namun maut tetap akan tiba.

Ibrah…

Jadikanlah segala yang berlaku di sekitar kita sebagai katalis untuk meneruskan perjuangan yang tak diketahui apa kesudahannya. Adakah kita akan terus berada di atas jalan-jalan jihad atau sebaliknya. Hanya Allah yang tahu kesudahannya

PELAJAR NAKAL AKTIF PAS: HAK BAIK TAK TAHU KEMANA

Posted on April 7th, 2009 in Muhasabah by saladin-advencer

Dikirim pada Ogos 14, 2008 oleh idrisahmad

Pada 8/Ogos/2008 saya dijemput ceramah Isra’ Mikraj di Surau AL-Irsyad Apt Vista Pinggiran Putra dekat pasar Borong Selangor. Program lepas maghrib sepatutnya, tangguh lepas Isyak. Jalan jam maklumlah daripada Kuala Lumpur hari jumaat pula. Lepas itu saya pula sesat jalan. Sembahyang maghrib di RR Air Hitam dekat tol LDP (Lebuh Raya Puchong).

Yang menariknya pada malam itu saya berjumpa bekas pelajar saya di UITM Melaka dahulu. Lepas ceramah dia bagi tau dekat saya, suara ustaz tak ubah macam dulu. Kebetulan ceramah Isra’ Mukraj maka sudah tentu yang disentuh berkenaan dnegan kewajipan solat dan realiti yang berlaku pada hari ini, ramai yang tidak solat. Dia beritahu saya apabila ustaz cerita bab solat ini teringat sewaktu berada di ITM dulu, ustaz selalu bertanya siapa yang tidak solat subuh. Saya adalah salah seroang yang liat solat, sekarang ini tidaklah ustaz.

Memang saya terkenal di kalangan pelajar sebagai pensyarah yang tegas. Kalau ada di kalangan pelajar yang sedang berdua-duan, apabila nampak kereta saya pakat lari lintang pukang. Di dalam kelas semua pelajar perempuan wajib bertudung, kena tutup sampai dada. Saya kata saya hanya berkuasa di dalam kelas ini sahaja. Sekurang-kurangnya 2 jam kamu tidak derhaka dengan tuhan dalam seminggu. Rupa-rupanya ada kesan, selepas dipaksa akhirnya mereka pakai dengan sukarela.

Saya masih ingat dia, biasalah di sekolah pelajar yang terkenal ialah yang baik atau yang nakal. Yang sederhana guru tidak ingat. Yang menariknya belaiu sekarang orang kuat Pas dan menjadi tenaga penggerak penting di cawangan tersebut dalam kawasan Puchong. Saya bertanya beberapa orang yang semasa dengan beliau di ITM dulu, yang terkenal budak baik, maka dia sebuat mereka join Umno dan ada yang tidak peduli perjuangan.

Tetapi inilah realiti yang berlaku dalam alam pelajar. Sebenarnya saya apabila pergi tamrin pelajar di pusat pengajian tinggi, saya kata saya datang ini hanya melepas kewajipan saya sebagai pimpinan jamaah sahaja. Saya bukan percaya sangat dengan kamu. Besok apabila sudah keluar apabila kerja, kahwin, dapat anak dan aktif dengan Pas, baru jumpa saya. Ini baru boleh bagi sijil, kalau tidak saya tidak percaya.

Saya teringat sewaktu menjadi pelajar dahulu Saudara Mohd Sabu yang sering berucap dalam tamrin pelajar. Dia kata dekat kami, saya hanya percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini. Waktu itu dalam hati saya tercabar.

Gamak pimpinan Pas kata kami hanya boleh diharap 20% sahaja. Sedangkan kami begitu bersemangat, berani bergaduh dengan puak Umno kampus. Sanggup bertumbuk, dibuang asrama, kena tindakan disiplin. Rupa-rupanya betul, bukan 20% malahan 5% pun tidak saampai yang terlibat dengan Pas.

Saya kata, harap itu tidaklah sangat. Banyak abang dan kakak kamu dulu tipu kami, kerana lepas keluar takut hendak berjumpa dengan kami. Taku saya tanya cawangan mana yang awak aktif. Banyak bekas pimpinan jamaah duduk dekat dengan rumah saya, jumpa cabut lari. Hendak kata tidak faham tarbiah tak betul kerana regunya naqib dengan naqibah, akhirnya kedua-dua rebah dalam perjuangan.

Saya juga pernah di beritahu oleh pemandu YB Doktor Hamdan Mohd Khalid Exco Kerajaan kedah, namanya Nasron.

Beliau ini bekas sekolah agama. Dia kata payahlah ustaz , hendak cari ustaz untuk bimbing kami.

Saya kata fasal apa?. Kawasan anta ini tidak ada orang mengaji agama ka.

Ada jawab dia. Tapi tidak mahu berjuang duduk peluk tubuh dan pemerhati komonwel kot jauh sahaja. Akhirnya hak yang hendak berjuang ini macam kami yang mengaji tidak tinggi, hak pandai tidak mahu berjuang.

Saya Tanya dia fasal apa jadi begitu.

Dia kata depa pandai kerana rajin mengaji tidak sempat hendak ambil tahu bab perjuangan, kami yang kurang dan nakal-nakal sikit ini rajin pergi dengar ceramah dan ikut kuliah Pas itu yang mengaji tidak berapa pandai.

Saya senyap sahaja apabila dengar penjelasan daripada beliau. Ada lojik juga. Pasal hak cerdik kalau tidak ada roh jihad dalam diri, dia takut macam tidak ada tuhan dalam hidup dia.

Dia tidak percaya rezki tangan tuhan, walaupun dia mengaji Usuluddin.

Apabila saya renung perbualan saudara Nasron tadi ada kebenaran juga. Macamlah bekas anak murid saya tadi.

Walau bagaimanapun saya bangga kerana beliau bekas anak murid saya yang aktif dalam Pas walaupun dulu nakal, tetapi sedikit kecewa anak murid dan aktivis yang hebat suatu ketika dahulu tenggealam dengan dunia yang fana’ ini.

“Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan”

—-{(@

http://abejoes. blogspot. com/2008/ 03/tarbiyyah- biarlah-dengan- hati.html

Kerana Tiada Band

Posted on April 7th, 2009 in Muhasabah by saladin-advencer

Teringat beberapa tahun lepas semasa mengikut sahabat-sahabat memenuhi jemputan membuat persembahan nasyid untuk satu majlis perkahwinan di sebuah daerah di Negeri Di Bawah Bayu ini. Perjalanan dari KK ke daerah tersebut mengambil masa kira-kira 5 jam. Perjalanan yang meletihkan namun, terubat dengan pemandangan sepanjang perjalanan yang segar dengan kawasan hutan yang masih belum diteroka. Dalam hati terdetik, “Alangkah baiknya jika bumi Sabah ini tidak maju dan tidak membangun seperti tanah kelahiranku yang pesat membangun, namun kehilangan sebahagian besar khazanah untuk generasi akan datang,”. Alasan yang sering diberikan cukup mudah, PEMBANGUNAN MEMERLUKAN PENGORBANAN. Siapa yang perlu dikorbankan? Apa yang perlu dikorbankan?…

SAMPAI SUDA…

Sampai masa yang dijanjikan, kami tiba di perkampungan atau lebih sesuai dipanggil estet tersebut. Memandu melalui jalan tanah merah sejauh beberapa kilometer benar-benar mengingatkanku kepada kampung halaman. Seperti biasanya, perut yang berkeroncong sejak tadi diisi dengan juadah ‘sabahan’. Mendengar nama Ayam Masak Likuk mampu ‘mengangkat’ kening sesetengah orang. Namun, bagiku, mendengar perkataan ayam sudah memadai untuk membuatkan mulutku basah dengan enzim-enzim pencernaan. Selesai makan, Surau estet menjadi ‘port’ melepaskan penat sebelum sesi latihan di sebelah petang…

NYANYI BAH…

Siap dengan uniform untuk ber ‘nasyid’, persembahan dimulakan jam 8 malam. Keadaan dewan yang pada mulanya lengang mula dipenuhi orang. Gamaknya seperti anak-anak muda pergi ke konsert kumpulan rock Metallica. Namun dapat kubaca riak-riak kekecewaan di wajah mereka…Aku tertanya-tanya. Pengunjung duduk di kerusi masing-masing bak cacing kepanasan hingga selesai kami mendendangkan beberapa lagu. Belum pun separuh perjalanan ‘konsert’ kami, pengunjung yang bagaikan tidak tahan meninggalkan ‘kerusi panas’ masing-masing. Kami meneruskan persembahan hingga akhir dengan majoriti kerusi di dewan estet tersebut tanpa ‘isi’ nya….Aku terus tertanya-tanya…

KEBENARANNYA….

Selesai persembahan kami cuba mendapatkan penjelasan dari tuan rumah atas kekurangan ‘isi’ dewan. Jawapan yang mengejutkan diterima. Sebenarnya orang-orang di estet tersebut menunggu ‘BAND’ membuat persembahan. Malah apabila ditanya kepada salah seorang ‘beliau’ di luar dewan mengapa beliau ‘angkat kaki awal, laju jawapan meluncur keluar dari mulutnya, “Ndak ada BAND”. Menjadi kebiasaan di majlis perkahwinan di Sabah ini untuk menjemput pasukan Kugiran dan BAND untuk meliuk-lentukkan pengunjung majlis keraian. Dan biasanya akan ada ‘pertandingan’ karaoke terutamanya antara golongan veteran di majlis perkahwinan. Namun, kehadiran kami mendendangkan hiburan yang mendidik jiwa memberi kejutan kepada mereka. Jiwa yang selama ini diliuk-lentukkan dengan goyang gerudi dan gelek cuba diluruskan dengan acuan keTUHANan. Inilah kebenaran yang harus diterima…

HAKIKATNYA…

Pendekatan dakwah di dalam masyarakat yang sudah tepu dengan unsur-unsur yang negatif menuntut ke’kreatif’an para jurudakwah. Tak boleh main redah saja mengatakan ini dan itu HARAM. Para jurudakwah tak boleh terus menghukum kemaksiatan atas kejahilan masyarakat. KITA PENDAKWAH, BUKAN PENGHUKUM. Kita perlu memberi alternative bukan menyekat.

Kembaraku di bumi TUHAN menemukanku erti HIDUP. Menyedarkanku bahawa medan teori tak sama dan jauh bezanya dengan medan praktikal. Dan yang paling penting, menyuburkan rasa SYUKUR kerana aku dilahirkan ISLAM dan mempunyai sedikit kefahaman tentangnya…

Next Page »